Omak,,Eden Love You :)


IBU : Siti,tolong ibu belikan garam kat kedai kejap,boleh?

SITI: Kejap la ibu,siti nak tengok tv ni..cerita korea ni tak habis lagi..tunggu la bagi habis dulu..

IBU : Cepat la siti,ibu nak masak ni,kejap lagi bapak kau balik nak makan.

SITI :Ish ibu ni,siti cakap kejap,kejap la.tzk faham-faham ke!! dah la kedai tu jauh,nanti habis pulak cerita ni..

IBU : Emmm..tak mengapa la,biar la ibu yang pergi sendiri ke kedai tu.Sementara ibu pergi,tolong jaga adik kau tu ye.

SITI : Ahhhhh ibu ni semua nak suruh siti je.ingat siti ni apa ke,nak suruh itu la,ini la.

IBU : Adik kamu tu kecil lagi,jadi buat masa sekarang ni,hanya kamu sorang je yang ibu harapkan.

SITI : Tak habis2 ibu ni nak membebel je.Ibu tu ada kaki,mata sempurna tak cacat pun,dah tu buat la sendiri!!! (menengking)

IBU : Ya ALLAH kau ampunilah dosa2 anakku :'(

Nabi bersabda kepada sahabatnya sebanyak tiga kali:"Mahukah aku memberitahu kalian mengenai dosa besar?Mereka menjawab"Sudah tentu wahai Rasulullah.Nabi menjelaskan:Syirik kepada Allah,derhaka kepada ibubapa(pada masa itu Nabi duduk bersandar lalu menyambung)sumpah yang palsu.'(Riwayat Al Bukhari)

Di sini jelas dosa menderhaka kepada ibubapa di letak dalam kategori dosa mensyirik Allah(dosa terkeji)Dengan ini Islam mengajar manusia agar sentiasa mengembirakan ibubapa lebih-lebih lagi ibubapa dalam usia lanjut selagi tidak bercanggah dengan hukum syarak dan anak tidak bersikap kasar pada ibubapa:

Firman Allah Taala dalam Surah Al-Israa ayat 23:
Maksud:
"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "ah", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)".

Bila Allah menerangkan teras keimanan dengan Allah sahaja yang layak dijadikan Tuhan tiada sekutu bagiNya dan mengesa dalam ibadat.Maka tangga kedua selepas tahuid ialah berbuat baik kepada ibubapa.Kedudukan ibubapa penting kerana kebaikan dalam ajaran Islam.

Dalam Al-Quran terdapat 5x menyebut IHSAN(berbuat baik)Bila disebut berbuat baik ialah melakukan sesuatu dengan mengembira samada rohani atau jasmani.

Firman Allah Taala:

Maksud:
"Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa, dan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya".
Tiba - tiba rindu si 'dia'..jauh mana sekalipun doakanlah agar mereka berada dalam keadaan sihat sejahtera kerana anak yang mendoakan ibu - bapanya ialah anak yang soleh...setiap kali amalkan al-Fatihah selepas Subuh sebanyak Dua Kali kepada ibu - bapa kita xkira sama ada masih hidup ataupun meninggal dunia insyaAllah hari - hari yang kita lalui mendapat berkat :) selalu doakn kesejahteraan ibu bapa kita kerana tanpa mereka,,tiadalah kita di dunia ini..

0 comments:

Post a Comment

.

Copyright © / where art and music can't be seperated

Template by : Urang-kurai / powered by :blogger